Saintis Berjaya Menanam Tumbuhan Menggunakan Tanah Dari Bulan

Diterbitkan pada Mei 13, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Adakah kita boleh menggunakan tanah permukaan untuk mencucuk tanam? Ini adalah soalan yang perlu dijawab kerana terdapat perancangan untuk membina koloni di permukaan bulan. Jawapannya pula ialah ya menerusi kajian yang telah dilakukan oleh penyelidik dari University of Florida.

Dalam eksperimen yang dijalankan menggunakan sampel tanah yang diambil oleh misi Apollo 11, 12 dan 17, benih pokok Arabidopsis berjaya bercambah selepas ditambah dengan nutrien. Kerana sampel yang dipinjamkan oleh NASA hanya sebanyak 12 gram, saintis menanam benih di dalam sarung jari besi yang digunakan untuk menjahit.

Sungguhpun benih bercambah, ia tumbuh pada kadar yang lebih perlahan berbanding di bumi serta menunjukkan tanda-tanda stres. Sebelum ini beberapa eksperimen telah dilakukan menggunakan tanah yang diubah untuk mempunyai ciri yang sama seperti di permukaan bulan. Ini ialah kali pertama eksperimen berjaya dilakukan di bumi dengan sampel tanah sebenar.

komen


© Amanz / 2022 Kami