Oppo Reno8 Pro+ Tertiris Dengan Dimensity 8100 Max, Kamera 50MP Sony IMX766

Diterbitkan pada Mei 13, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Saban hari, semakin banyak maklumat berkaitan siri Oppo Reno8 yang dikongsi di arena web. Jika sebelum ini, kita telah melihat spesifikasi tertiris untuk Oppo Reno8 SE. Kini, giliran spesifikasi Oppo Reno8 Pro+ pula yang ditemui menerusi satu ciapan di Twitter.

Perkongsian berkenaan mendedahkan Oppo Reno8 Pro+ akan menggunakan skrin OLED sebesar 6.7-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz. Ia kemudiannya akan dipadankan dengan cip MediaTek Dimensity 8100-Max yang turut dimuatkan dengan cip tersendirinya Marisilicon X.

Sistem tri-kamera turut digunakan dengan sensor utama 50MP (Sony IMX766), manakala kamera hadapan pula 32MP (Sony IMX709). Kalau perasan, kedua-dua sensor Sony yang digunakan adalah sama seperti mana yang terdapat pada Oppo Reno7 Pro dan Find X5 Pro sebelum ini. Lain-lain spesifikasi yang menyokong seperti bateri 4500mAh dengan sistem pengecasan 80W, pembesar suara stereo dan NFC.

Namun begitu, harus ditegaskan maklumat dikongsi masih lagi di peringkat ura-ura. Pihak Oppo juga masih belum mengeluarkan sebarang perkongsian lanjut berkaitan spekulasi awal ini. Bagi melihat sejauh mana kebenaran kesemua maklumat ini, sama sama kita nantikan perkembangan selanjutnya dari masa ke semasa.

komen


© Amanz / 2022 Kami