Oppo Dilaporkan Bakal Hadir Dengan Tablet Baharu – Dikenali Sebagai Oppo Pad Air

Diterbitkan pada Mei 13, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Oppo telah melebarkan sayap pembabitan dalam segmen tablet menerusi pengenalan Oppo Pad. Setakat ini, ia hanya dijual di China dengan harga bermula RMB2299 iaitu kira-kira RM1,486 untuk seunit. Tablet ini turut dilengkapi skrin sebesar 11-inci IPS LCD QHD+ 120Hz dengan padanan cip Snapdragon 870 dan Oppo Pencil.

Dalam perkembangan terkini, Oppo dilaporkan akan mengemaskini barisan tablet miliknya dengan model baharu. Dikenali sebagai Oppo Pad Air, terdapat sumber yang mengatakan ia telah ditemui tersenarai menerusi kedai atas talian di China. Ia hanya menunjukkan sebahagian rekaan pada tablet, tetapi tiada sebarang maklumat mengenai spesifikasi utama yang didedahkan.

Seperti yang boleh dilihat, Oppo Pad Air akan mempunyai binaan sisi melengkung yang dijangka mampu menjanjikan keselesaan apabila berada di tangan. Seterusnya, saiz bezel yang digunakan juga kelihatan seimbang. Ia boleh dianggap sememangnya padanan yang baik untuk pengalaman tontonan cukup memuaskan.

Bagaimanapun setakat ini masih belum ada sebarang tarikh khusus pelancaran yang didedahkan. Pada mas sama, harga jualannya juga masih menjadi tanda tanya. Spekulasi awal menjangkakan ia mungkin dipasarkan sedikit lebih tinggi berbanding pendahulunya dengan harga sekitar RMB3000 (~RM1,939).

komen


© Amanz / 2022 Kami