Elon Musk Mengatakan Urusniaga Pengambil-Alihan Twitter Digantung Sementara

Diterbitkan pada Mei 13, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Elon Musk kini mengatakan urusniaga melibatkan Twitter kini “digantung sementara”, menantikan maklumat lanjut berkenaan kiraan mengatakan akaun spam meliputi kurang 5% pengguna.

Sebelum ini, Elon Musk telah memberi tawaran pengambil-alihan Twitter pada nilai $44 bilion – dan tawaran tersebut diterima ahli lembaga Twitter. Elon Musk dalam proses mengumpulkan dana sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Elon Musk kini dilihat nantikan maklumat lanjut sama ada tepat atau tidak hanya 5% akaun berbentuk akaun spam pada Twitter. Sebelum ini, Twitter dalam pemfailan mengatakan Twitter mempunyai sekitar 229 juta pengguna yang boleh dipaparkan pengiklanan untuk suku pertama 2022 lepas.

Kenyataan oleh Elon Musk ini turut membuatkan saham Twitter jatuh sedikit.

Sedang dikemaskini….

komen


© Amanz / 2022 Kami