Samsung Galaxy S6 Lite (2022) Tertiris Dengan Cip Snapdragon 720G

Diterbitkan pada Mei 13, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Samsung Galaxy S6 Lite adalah sebuah tablet bersaiz kompak, selain turut menyertakan sokongan S-Pen bersama-sama denganya. Bercakap lebih lanjut mengenainya, kini timbul desas-desus yang mengatakan tablet berkenaan akan dikemaskini dengan variasi baharu.

Mungkin dikenali sebagai Samsung Galaxy S6 Lite (2022), ia dikhabarkan hadir dengan sokongan cip Snapdragon 720G. Seterusnya, ia juga dijangka tiba dalam dua varian berbeza seperti LTE dan Wi-Fi. Turut melengkapinya adalah memori 4GB RAM, storan dalaman 64GB dan sistem operasi Android 12. Lain-lain spesifikasi dijangka masih sama seperti pendahulunya. Bukan itu sahaja, reka bentuknya turut sama akan dikekalkan.

Tiada sebarang maklumat lanjut mengenai pelancaran rasmi, tetapi spekulasi awal menjangkakan variasi WI-Fi akan dipasarkan dengan harga sekitar €379 (~RM1,729). Sementara itu, model LTE pula berharga sekitar €439 (~RM2,003).

komen


© Amanz / 2022 Kami