Carian
Realme Narzo 50 Pro 5G Bakal Diperkenalkan Pada 18 Mei
May 13, 2022 Amy Maizuraa

Enggan terus berteka-teki, tarikh pelancaran rasmi untuk siri Realme Narzo 50 5G kini diumumkan menerusi ciapan baharu Realme India di Twitter. Melaluinya, mereka telah menjadualkan pelancarannya pada 18 Mei 2022 dan Realme Narzo 50 Pro 5G akan diperkenalkan melaluinya.

Setakat yang diketahui, peranti pintar ini akan dijana dengan cip yang serupa dengan Realme 9 Pro+ iaitu MediaTek Dimensity 920. Turut dapat dilihat, Realme memberi penekanan terhadap pengalaman permua yang baik melaluinya. Selain, mereka turut mendakwa sistem penyejukan lima lapisan yang disertakan pada peranti mampu mengawal pengaliran haba dengan efektif. Tiada maklumat lain yang dikongsi setakat ini. Tetapi, ia dijangka dikongsi sedikit demi sedikit dalam masa terdekat ini.

Dalam perkembangan berbeza, Realme Malaysia dilihat turut sama mengacah mengenai pengenalannya. Ini sekaligus memberi bayangan yang mana besar kemungkinan peranti tersebut turut akan ditawarkan buat pasaran tempatan pada suatu tarikh yang bakal diumumkan kemudian.

Komen