Samsung Juga Dilihat Mahu Meningkatkan Harga Pengeluaran Cip Mereka Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Mei 13, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Semalam kami telah melaporkan bahawa TSMC dijangka akan meningkatkan lagi harga pengilangan cip pemprosesan mereka kerana peningkatan harga kos bahan dan juga kos pembuatan komponen tersebut.

Menurut laporan Reuters, Samsung dijangka akan meningkatkan kos pengilangan cip pemprosesan sebanyak 20 peratus, dengan nod-nod lama dijangka akan memperlihatkan peningkatan harga lebih tinggi kerana tidak banyak syarikat pembuat cip semikonduktor mempunyai peralatan untuk mengeluarkan cip-cip tersebut.

Samsung juga dikatakan telah berbincang dengan beberapa pelanggan mereka mengenai kenaikan harga ini, dan sedang berunding dengan sejumlah pelanggan lain untuk memberitahu mereka tentang isu ini.

Sama seperti TSMC, Samsung dilihat sedang menghadapi masalah permintaan yang melangkaui bekalan dan sedang mencari lokasi-lokasi baru untuk meningkatkan pengeluaran komponen semikonduktor dan cip pemprosesan mereka.

Buat masa ini Samsung Electronics masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi, tetapi melihat kepada keadaan industri pembuatan cip semikonduktor sekarang, ia tidak mengejutkan bahawa Samsung juga dilihat mahu memastikan bahawa keuntungan mereka tidak ditelan oleh kos bahan dan binaan yang semakin meningkat.

komen


© Amanz / 2022 Kami