Dapatkan Galaxy Silicone Cover Dengan Tali Edisi Terhad Di Jerayawara Samsung Bulan Ini

Diterbitkan pada Mei 14, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Bulan Mei ini menyaksikan pelbagai acara bakal diadakan setelah kebenaran melakukan aktiviti pada skala penuh menandakan kembalinya ekonomi secara normal. Dan untuk bulan Mei ini Samsung akan mengadakan 3 jerayawara dalam mempromosikan peranti-peranti terkini mereka.

Bermula 11 Mei sehingga 29 Mei, sebanyak tiga jerayawara akan diadakan, dengan awalnya 11 Mei hingga 15 Mei bertempat di Mid Valley Megamall, KL. Ia disusuli dengan 18-22 Mei di Gurney Plaza, Pulau Pinang, dan ditamatkan pada 25-29 Mei di Mid Valley Southkey, Johor.

Di jerayawara ini, Samsung menawarkan hadiah percuma yang bernilai sehingga RM 1,316 bagi sebarang pembelian siri Galaxy S22. Antaranya termasuklah jam Galaxy Watch4 40mm, Camera Filter Mount bernilai RM 169, dan menarik sekali adalah Galaxy Silicon Cover yang turut hadir dengan Tali Edisi Terhad bernimai RM 248.

Tali Edisi Terhad ini adalah kerjasama Samsung dengan tiga jenama besar di Malaysia, iaitu Inside Scoop, Mamee Monster dan juga Air Asia.  Ia merupakan tali gantian untuk Galaxy Silicon Cover, dan ia tidak terdapat di pasaran negara lain. Pengguna juga boleh mendapatkan jaminan tambahan Samsung Care+ pada harga RM 330.

Samsung turut mengadakan kelas menggunakan peranti jadi tandakan kalendar anda, dan hadirlah ke acara ini. 

komen


© Amanz / 2022 Kami