Cari @ Amanz

Proton pada minggu ini telah memperkenalkan kereta terbaru mereka, 2022 Proton Saga MC2. Selari dengannya juga, Proton mengatakan mereka bakal melancarkan sekurang-kurangnya tiga model baharu menjelang 2024.

Ini bermakna, kita akan melihat tiga model kereta baharu daripada Proton dalam tempoh dua tahun ini.

Buat masa ini, apakah model yang bakal hadir masih tidak diketahui lagi. Proton dijangka memperkenalkan kemaskini untuk Proton Exora pada tahun ini, selain ramai juga menantikan pengenalan Proton X90 dengan spesifikasi tinggi untuk pasaran tempatan.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut dan apa bakal ditawarkan oleh Proton di Malaysia dalam tempoh dua tahun ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd