Cari @ Amanz

Touch ’n Go Malaysia kini berkongsi peringatan kepada pengguna, dimana tag TNG RFID yang rosak boleh digantikan secara percuma. TNG memberikan peluang untuk menukar ia secara percuma untuk sekali sepanjang pembelian sekiranya tag berkenaan rosak.

TNG RFID hadir dalam bentuk pelekat, dan dipautkan ke TNG eWallet untuk urusan pembayaran. Dengan langkah ini, pengguna tidak perlu membuat tambah-nilai seperti biasa – dan tidak memerlukan peranti tambahan seperti SmartTAG.

Apa pun, Touch ’n Go turut mengingatkan yang mana tag yang telah dimatikan oleh pengguna tidak tertakluk dibawah program gantian percuma ini.

Touch ’n Go juga turut mengingatkan yang mana anda perlu mematikan tag TNG RFID apabila kenderaan anda dijual, dan juga bila dicuri atau hilang.

Semua permohonan tag gantian percuma dan juga untuk pembatalan tag RFID, ia boleh diuruskan melalui portal khusus TNG RFID hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd