Carian
Trump Mengatakan Elon Musk Tidak Akan Beli Twitter Pada Nilai $44 Bilion
May 15, 2022 Aman

Elon Musk sedia menyatakan hasrat untuk pengambil-alihan Twitter, dan kini dalam proses mengumpulkan dana untuknya.

Bercakap mengenainya, Donald Trump yang diharamkan daripada platform Twitter mengatakan Elon Musk tidak akan beli perkhidmatan sosial tersebut pada harga berkenaan.

Donald Trump

Donald Trump turut menambah perkhidmatan Twitter dipenuhi dengan akaun-akaun spam dan juga bot – dan tidak berbaloi untuk dibeli dengan nilai sebegitu tinggi.

Donald Trump mengakhiri perkongsian beliau dengan menambah Truth Social yang dibangunkan dibawah beliau adalah jauh lebih baik berbanding dengan Twitter.

Sebelum ini, Elon Musk turut berkongsi mengatakan sedang melihat kepada pembelian Twitter – dan telah meminta data tambahan berkaitan akaun palsu pada platform tersebut.

Komen