Apple kini agak aktif dalam mengemaskini produk – dan menawarkan variasi produk pada harga lebih mampu-milik untuk membolehkan lebih ramai mendapatkan dan menggunakan produk sertai menyertai ekosistem Apple.

Terbaru, menurut penganalisa popular Ming-Chi Kuo, Apple dijangka memperkenalkan Apple TV pada harga lebih rendah pada pertengahan kedua 2022.
Dengan langkah ini, pengguna akan dapat mengakses bukan sahaja perkakasan, tetapi juga platform dan juga perkhidmatan langganan mereka – sekaligus menjana pendapatan pelbagai dengan mudah.
Terakhir kali kita telah sedia melihat Apple memperkenalkan kemaskini Apple TV 4K pada 2021 dengan perkakasan yang ditambah-baik, serta cip lebih berkuasa.