Cari @ Amanz

CCleaner Mencapai Angka Versi 6.0 – Tawar Ciri “Performance Optimizer”

Oleh Aman

Link Copied!

CCleaner merupakan salah satu perisian pihak ketiga yang popular dikalangan pengguna Windows, dimana ia membolehkan pengguna untuk membuang pelbagai fail yang tidak digunakan dan mengosongkan storan pada komputer dengan mudah.

Terbaru, pembangun CCleaner telah mula menawarkan CCleaner 6.0 kepada para pengguna dengan sejumlah penambah-baikkan.

CCleaner 6.0 memfokuskan kepada memastikan komputer anda berjalan dengan pantas dan lancar. Versi baharu ini juga turut menyertakan ciri dinamakan “Performance Optimizer”.

Dengan ciri ini, ia mencari aplikasi-aplikasi yang membuatkan komputer anda berjalan perlahan, dan seterusnya “menidurkan” aplikasi tersebut. Ini sekaligus memberikan kuasa pemprosesan dan memori tambahan untuk digunakan bagi tujuan lain.

CCleaner 6.0 juga turut membolehkan anda membersihkan fail berkaitan Steam dengan lebih baik – disamping sokongan untuk 50 aplikasi baharu.

Bagi anda yang menggunakan CCleaner, boleh memuat-turun perisian ini hari ini untuk komputer anda.


Komen ()