Carian
LG
LG Memperlihatkan Panel OLED Yang Boleh Dilipat 360-Darjah
May 16, 2022 Aman

LG merupakan salah satu pengeluar panel paparan yang popular, dan hasil mereka digunakan pada pelbagai peranti hari ini. Dengan perkembangan arena peranti boleh-lipat, kini LG turut memperlihatkan sejumlah penawaran mereka akan datang dalam arena ini.

Terbaru, LG Display mempertontonkan skrin OLED bersaiz 8-inci yang boleh dilipat ke-dalam dan juga ke luar, sekaligus menjadikan ia peranti yang boleh dilipat 360-darjah.

Pada hari ini, peranti seperti Galaxy Z Fold dan sebagainya hanya menyokong penggunaan engsel sehala dan tiadk menyeluruh seperti penawaran LG ini.

LG juga menggunakan lapisan khas dalam mengurangkan kesan lipatan pada panel ini.

Buat masa ini, ia sekadar mempertontonkan teknologi paparan sahaja. Tidak diketahui lagi siapakah pengeluar pertama yang akan menawarkan peranti dengan panel ini lagi.

Komen