1/3 Aplikasi Di Kedai Aplikasi Tidak Dikemaskini, Mempunyai Risiko Sekuriti

Diterbitkan pada Mei 16, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Baru-baru ini, Google dan Apple telah mengatakan akan mula membuang aplikasi yang tidak dikemaskini selepas suatu tempoh – lebih dari dua tahun.

Selari dengannya, kini firma kajian Pixalate mendapati hampir 30% daripada aplikasi tidak dikemaskini dalam masa lebih 2 tahun. Data ini didapati daripada 1.5 juta aplikasi yang tidak dikemaskini daripada sejumlah 5 juta aplikasi.

Dari segi kategori aplikasi, ia dilihat aplikasi berbentuk pendidikan, rujukan dan permainan yang jarang dikemaskini. Apa yang membimbangkan adalah kerana aplikasi ini agak popular dikalangan pengguna kanak-kanak.

Aplikasi yang tidak dikemaskini juga mungkin membawa kepada ancaman sekuriti dan pengodaman.

Mungkin disebabkan oleh hal ini, Apple dan Google kini telah mengambil langkah membuang aplikasi-aplikasi yang tidak dikemaskini daripada kedai aplikasi mereka.

komen


© Amanz / 2022 Kami