Cari @ Amanz

Oppo kini mengesahkan mereka akan melancarkan siri Reno8 secara rasminya di China pada 23 Mei 2022 ini.

Oppo Reno8 merupakan siri seterusnya oleh Oppo. Ia dijangka akan hadir dilengkapi dengan cip pemprosesan terbaru Qualcomm Snapdragon, dan mungkin hadir dalamm beberapa variasi.

Mengikut desas-desus sebelum ini, siri Oppo Reno8 dijangka dilengkapi dengan penawaran model asas Reno8, model Oppo Reno8 Pro dan juga Reno 8 SE.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pada minggu hadapan untuk menyaksikan kejutan yang disediakan pihak Oppo melalui penawaran telefon pintar siri Reno8 ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd