Cari @ Amanz

Qualcomm Menjadualkan Acara Pada 20 Mei – Mungkinkah Snapdragon 8 Gen 1 Plus?

Oleh Aman

Link Copied!

Qualcomm kini menjadualkan sebuah acara khas pada Jumaat ini, iaitu 20 Mei 2022. Acara ini dijadualkan oleh Qualcomm China, dan dijangka akan memperkenalkan beberapa cip pemprosesan baharu daripada Qualcomm.

Mengikut desas-desus, Qualcomm dijangka memperkenalkan cip Snapdragon 8 Gen 1 Plus pada acara berkenaan, disamping Snapdragon 7 Gen 1. Cip generasi baharu ini mungkin dikelluarkan oleh TSMC – selain menawarkan sejumlah penambah-baikkan berbanding sebelum ini.

Dengan pelancaran di China, kita mungkin melihat beberapa pengeluar dari negara berkenaan menjadi antara terawal menggunakan cip terbaru ini.


Komen ()