Carian
Disney+ Hotstar Kini Boleh Diakses Percuma Pelanggan Unifi TV Pek Ultimate, RM16 Sebulan Untuk Yang Lain
May 17, 2022 Aman

Telekom Malaysia kini telah mula menawarkan akses kepada Disney+ Hotstar bagi para pelanggan Unifi TV.

Akses kepada Disney+ Hotstar ditawarkan percuma untuk mereka yang melanggan pek Ultimate dibawah Unifi TV. Disamping itu, pelanggan Unifi TV lain turut boleh melanggan akses kepada Disney+ Hotstar ini pada harga RM16 sebulan.

Bagi yang tiada langganan Unifi TV, anda turut boleh menambah langganan berasingan pada harga RM54.90 sebulan, sekaligus menguruskan bil penstriman anda dibawah satu bil bersama langganan internet.

Disamping penambahan Disney+ Hotstar, pihak Unifi turut telah menambah akses kepada beIN Sports Connect dan juga SpotTV Now bermula hari ini untuk pelanggan Unifi TV.

Komen