Carian
iOS 15.5 Kini Boleh Dimuat Turun Dengan Ciri Menapis Imej Lucah Pada Mesej Yang Diterima
May 17, 2022 Effi Saharudin

Pada ini iOS 15.5 dan iPadOS 15.5 diberikan oleh Apple pada kesemua peranti yang disokong. Saiz muat turun hanya sekitar 674 MB sahaja dengan ia membawakan beberapa ciri baharu yang tidak ditawarkan sebelum ini.

Kemas kini paling penting bagi ibu bapa ialah mengaktifkan ciri menapis imej lucah yang diterima pada peranti Apple milik anak-anak menerusi aplikasi pemesejan. Apabila imej dikesan ia dikaburkan dengan amaran diberikan. Walau bagaimanapun ciri yang berguna ini hanya ditawarkan di Australia, Kanada, New Zealand, UK dan Amerika Syarikat sahaja pada waktu ini.

Penerima juga diberikan pautan untuk mendapatkan bantuan apabila menerima mesej seperti ini. Selain itu kemas kini diberikan juga kepada aplikasi Apple Podcast yang memadam episod lama yang telah didengar dan mengehadkan jumlah episod yang boleh dimuat turun. Beberapa tampalan sekuriti dan penambahbaikan sistem turut diberikan bersama iOS 15.5.

Komen