Cari @ Amanz

Infinix Note 12 VIP Dilancarkan Dengan Pengecasan Pantas 120W, Kamera 108MP

Link Copied!

Infinix telah melancarkan sebuah lagi peranti baharu di bawah siri Note 12. Dikenali sebagai Infinix Note 12 VIP, peranti pintar ini membawakan beberapa penawaran menarik seperti sistem pengecasan pantas 120W dan kamera 108-Megapixel.

Untuk lebih lanjut, Infinix Note 12 VIP juga dilengkapi skrin sebesar 6.7-inci AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip MediaTek Helio G96, memori 8GB RAM dan storan dalaman 128GB. Bateri sebesar 4,500mAh turut disertakan dengan sistem pengecasan pantas 120W. Ia dikatakan mampu mengecas penuh peranti dalam hanya 17 minit sahaja.

Seterusnya, tetapan kamera pula terdiri dengan 108-Megapixel (f/1.75) + 13-Megapixel ultra-lebar (f/2.2) + 2-Megapixel kedalaman (f/2.4). Sementara itu, kamera hadapan pula sebesar 16-Megapixel. Lain-lain spesifikasi termasuklah menyokong RAM maya mencapai 5GB, sistem penyejukan terbina dengan binaan 9 lapisan dan banyak lagi. Untuk harga, Infinix Note 12 VIP dijual pada $300 (~RM1,317).


Komen ()