Honor MagicBook 14 (2022) Dilancarkan Dengan Cip Intel Gen-12 Dan Antaramuka MagicOS

Diterbitkan pada Mei 17, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Honor juga dikenali sebagai satu jenama yang menawarkan komputer riba tersendiri. Kebanyakan komputer riba tersebut memfokuskan terhadap penggunaan profesional da produktiviti harian. Terkini, Honor MagicBook 14 (2022) telah diperkenalkan di China, sekaligus menjadi penawaran baharu daripada Honor untuk barisan komputer ribanya.

Bercakap lebih lanjut mengenainya, ia adalah sebuah komputer riba dengan bingkai logam dengan tubuh yang dilengkapi kemasan berwarna Starry Grey dan Glacier Silver. Skrin adalah sejenis LCD sebesar 14-inci dengan resolusi 2.1K (2160 x 1440 piksel).

Di samping itu, ia turut menyokong beberapa ciri tambahan seperti sokongan untuk gamut warna sRGB 100% dengan kecerahan 300nits, nisbah aspek 3 : 2, nisbah skrin ke-badan mencapai 88% dan banyak lagi.

Turut melengkapi komputer riba ini adalah CPU Intel-Core i5-12500H bersama dua pilihan GPU iaitu NVIDIA RTX 2050 atau NVIDIA MX55. Pada masa sama, variasi dengan CPU Intel- Core i7-12650H turut ditawarkan bersama-sama dengannya. Memori yang menyokong pula sebesar 16GB LPDDR5 4800MHz RAM dengan storan SSD 512GB.

Spesifikasi lain termasuklah bateri 75Wh dengan sistem pengecasan 100W, NFC, Wi-Fi 6, bluetooth 5.2 dan menjalankan Windows 11 berasaskan Magic OS. Untuk harga, Honor MagicBook 14 (2022) dijual di China bermula RMB4999 (~RM3,241) untuk seunit.

komen


© Amanz / 2022 Kami