Cari @ Amanz

OnePlus agak aktif dalam menambah peranti dibawah portfolio mereka pada tahun ini, dan terkini OnePlus telah pun memperkenalkan OnePlus Ace Racing Edition secara rasminya di China.

OnePlus Ace Racing Edition dilihat diposisikan dengan peranti memfokuskan permua, disamping hadir dengan harga kompetitif.

OnePlus Ace Racing Edition dilengkapi skrin 6.7-inci AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz, dijana cip baharu MediaTek, iaitu Dimenstiy 8100-Max, memori sehingga 12GB RAM, dan storan sehingga 256GB.

Untuk rakaman gambar, OnePlus Ace Racing dilengkapi sensor utama 64-megapixel, disamping kamera ultra-lebar 8-megapixel, dan juga lensa makro. Untuk swafoto, ia menggunakan sensor 16MP.

OnePlus Ace Racing hadir dengan sokongan bicu audio 3.5mm, bateri 5000mAh dengan pengecasan 80W.

OnePlus juga bekerjasama dengan Razer untuk peranti ini, dan menyertakan papan kekunci khusus bersama-sama dengannya – seumpama papan kekunci fizikal Razer.

Buat masa ini, peranti ini ditawarkan di China sahaja. Tidak diketahui lagi sama ada ia akan dipasarkan di luar atau tidak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd