Cari @ Amanz

Huawei Mula Menjual Kerangka Untuk P50 Pro Yang Membawakan Sokongan 5G

Link Copied!

Huawei tidak mampu menawarkan peranti dengan teknologi rangkaian 5G kerana sekatan teknologi yang dikenakan oleh Amerika Syarikat selepas ia dimasukkan ke dalam senarai entiti. Peranti seperti P50 Pocket misalnya sekadar menyokong 4G walaupun dilengkapi cip Snapdragon 888.

Di China isu ini diselesaikan dengan pelancaran kerangka khas untuk Huawei P50 Pro yang membawakan sokongan 5G. Kerangka mempunyai cip modem 5G, cip dua teras, dan sokongan eSIM secara terbina.

Kerangka menambah ketebalan sekitar 3mm dan berat pula sebanyak 52g. Akhirnya peranti mercu Huawei ini dapat menikmati rangkaian 5G sub 6GHz di China. Bagi yang berminat kerangka dijual pada harga RMB799 (~RM520) sebuah.


Komen ()