Siri Honor 70 Bakal Dilancarkan Pada Penghujung Bulan Ini

Diterbitkan pada Mei 18, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Honor kini telah mula mengacah siri telefon pintar akan datang mereka, iaitu Honor 70. Melalui video acah yang diterbitkan, Honor memperlihatkan ia bakal dilancarkan pada 30 Mei 2022 kelak.

Honor 70 bakal menggantikan siri Honor 60 yang diperkenalkan pada Disember 2021 lepas. Dengan ini juga ia memperlihatkan Honor mengemaskini penawaran mereka hampir setiap 6 bulan sekali.

Mengikut spekulasi awal, siri Honor 70 dijangka hadir dalam tiga variasi penawaran, iaitu Honor 70 dijana Snapdragon 7 Gen 1, Honor 70 Pro dengan MediaTek Dimensity 8100, dan juga Honor 70 Pro+ dengan MediaTek Dimensity 9000.

Penawaran kamera juga dijangka akan menjadi fokus, selain turut akan hadir dengan pengecasan pantas.

Dengan video acah ini, sama-sama kita nantikan pengenalan rasmi Honor 70 secara rasminya dalam masa dua minggu lagi.

komen


© Amanz / 2022 Kami