Aksesori audio keluaran Dizo dikemaskini dengan penawaran baharu. Melaluinya, Dizo Wireless Dash Neckband diperkenalkan dengan rekaan angkup leher dan fon telinga dengan sambungan magnetik. Ia kemudiannya dilengkapi pemandu audio sebesar 11.2mm dengan pembatalan hingar elektronik (ENC) untuk panggilan yang lebih berkualiti.

Seterusnya, ia turut boleh berfungsi selama 30 jam dan dicas menggunakan port USB-C. Ia bagaimanapun boleh sahaja berfungsi sehingga 10 jam lamanya menerusi pengecasan selama 10minit. Terdapat juga sokongan penarafan kalis air IPX4 dan bluetooth 5.2 yang disertakan.



Penggunaan aplikasi Realme Link bersamanya adalah padanan yang baik untuk kawalan lebih pelbagai. Untuk harga, Dizo Wireless Dash Neckband Earbuds dijual pada INR1599 (~RM91) dengan beberapa pilihan warna seperti biru, hitam serta hijau.