Cari @ Amanz

WhatsApp kini sedang menguji pelan langganan berbayar untuk pengguna WhatsApp Business. Antara ciri utama yang ada dalam pelan ini adalah, satu nombor yang sama boleh digunakan pada 10 peranti berbeza.

Butiran pelan langganan ini tidak jelas, sehinggalah baru-baru ini didedahkan oleh WABetaInfo.

Seperti yang semua maklum, WhatsApp mempunyai pautan khas wa.me/<nama perniagaan anda> untuk pengguna perusahaan kongsi nombor dan nama perniagaan dengan lebih mudah. Kelak ciri ini akan menjadi sebahagian daripada ciri WhatsApp Premium.

Pengguna boleh terus cari nama yang masih ada untuk tuntut nama perniagaan masing-masing seakan mencari nama pengguna atau nama domain ketika pendaftaran sesuatu akaun atau laman web.

Pelan WhatsApp Premium ini terhad untuk pengguna WhatsApp Business. Tidak pasti apa akan terjadi kepada pautan wa.me/<nama perniagaan anda> yang sudah ada sekarang, sama ada adakah ia akan kekal atau akan dipadam dan pemilik perlu menjana semula URL ini.

Bila ciri ini akan diperkenalkan, masih tidak pasti. Tetapi mungkin dalam masa terdekat. Sama-sama kita nantikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd