Apple Music Live Diperkenalkan – Membolehkan Anda Menonton Konsert Langsung

Diterbitkan pada Mei 18, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sementara Netflix diperkatakan bakal hadir dengan kandungan berbentuk siaran langsung, Apple dilihat bergerak lebih pantas, dan kini memperkenalkan kandungan seumpamanya melalui Apple Music Live.

Apple Music Live dilihat akan mula menawarkan kandungan berbentuk siaran langsung terus melalui platform Apple, tidak kira dimana anda berada.

Untuk permulaan, Apple Music Live akan menawarkan konsert Harry Styles yang akan berlangsung pada 20 Mei dari New York tersebut secara langsung tanpa kos tambahan untuk pengguna Apple Music.

Ini sekaligus membolehkan anda menikmati konsert tersebut terus dari rumah atau dimana anda berada, melalui akses Apple Music sahaja.

Disamping ini, Apple juga mengatakan mereka akan menganjurkan sejumlah siri Apple Music Live yang menawarka akses konsert secara langsung daripada artis kegemaran anda.

komen


© Amanz / 2022 Kami