Cari @ Amanz

Asus : Permintaan GPU Untuk Melombong Kriptowang Semakin Menurun

Oleh Aman

Link Copied!

Asus kini berkongsi beberapa perkembangan syarikat mereka, termasuk menyentuh berkenaan dengan permintaan GPU untuk melombong kriptowang.

Bercakap mengenainya, permintaan GPU untuk tujuan melombong dilihat semakin berkurangan – berkemungkinan kerana nilai kriptowang sendiri semakin berkurangan akhir-akhir ini. Disamping itu, perancangan perubahan pada Ethereum juga dilihat memberikan kesan dimana orang ramai tidak lagi membeli GPU untuk tujuan melombong. 

Apa pun, Asus mengatakan permintaan untuk tujuan permainan video dan multimedia masih tinggi. Dengan perubahan ini, kita mungkin akan melihat permintaan dan penawaran GPU kembali normal di pasaran.


Komen ()