Carian
Harga Langganan Aplikasi iOS Boleh Naik Tanpa Pengetahuan Pengguna
May 18, 2022 Fahim Zahar

Zaman sekarang antara cara mudah untuk dapatkan akses kepada kandungan digital yang halal adalah dengan membayar pelan langganan. Terdapat banyak yang boleh dilanggan, jika ingin filem atau siri TV kita ada Netflix, jika ingin permua ada Apple Arcade, jika ingin podsiar ada banyak pilihan dan banyak lagi.

Terkini dari Apple, jika sesuatu pelan langganan itu naik harga – Apple tidak lagi akan memaklumkan pengguna. Malah ia akan naik secara automatik dan tanpa disedari pengguna, duit dalam kad atau bank sudah ditolak. Ini bermakna, jika hari ini anda bayar Apple Music pada harga RM19.90 – jika bulan depan harga menjadi RM25.90 anda tidak akan diberitahu dan bayaran akan terus dilakukan seperti biasa tanpa sebarang pengesahan.

Akan tetapi, perubahan harga ini ada syaratnya. Jika harga bulanan tidak sampai $5 dan lebih daripada 50% harga asal atau untuk tahunan tidak capai $50 dan melebihi 50% – pembangun aplikasi ada hak ubah harga tanpa pengetahuan pengguna. Perubahan harga juga hanya boleh dilakukan setahun sekali. Jika lebih barulah notifikasi dikeluarkan dan pengesahan perlu dilakukan.

Apa kata anda mengenai sistem pembayaran Apple ini?

Komen