Cari @ Amanz

Mastercard merupakan nama yang tidak asing dalam kewangan, dimana ramai yang menggunakan kad kredit dan debit keluaran Mastercard.  Selain daripada penawaran sedia ada, Mastercard juga melakukan pelbagai inovasi dalam memudahkan kaedah pembayaran dibawah Biometric Checkout Program.

Melalui ujian terbaru ini, Mastercard membolehkan anda membayar dengan hanya senyum pada terminal pembayaran, atau melambaikan tangan.

Dengan kaedah baharu ini, ia memudahkan anda membayar di kaunter, terutamanya ketika tangan anda sedang pegang barang, dan tidak perlu sukar mengeluarkan dompet dan menghulurkan kad. Sebaliknya, anda hanya perlu senyum pada terminal, dan pembayaran akan dilakukan.

Kaedah ini dijangka mempercepatkan lagi urusan pembayaran berbanding hari ini.

Mastercard akan melakukan ujian rintis ini di Brazil terlebih dahulu, sebelum memperluaskan ia ke negara-negara lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd