Cari @ Amanz

Bagi yang mengikuti perkembangan produk audio Sony, anada pasti tahu yang LinkBuds adalah antara siri baharu aksesori audio mereka. Produk pertama LinkBuds adalah TWS berbentuk donat, iaitu satu TWS dengan konsep rekaan terbuka (open-back).

Selepas produk ini dilancarkan, LinkBuds S WF-LS900 pula mula muncul. Ia tidak lagi menggunakan rekaan donat yang unik, tetapi kembali menggunakan rekaan tradisional. Apa yang membezakan LinkBuds S dengan model lain adalah, Sony dikatakan mendakwa ia adalah TWS paling kecil dan ringan yang mempunyai kemampuan pembatalan hingar aktif.

Berat setiap fon telinga adalah 4.8 gram, yang mana jika dibandingkan dengan Sony WF-1000XM4 yang mempunyai berat 7.3 gram setiap satu. Walaupun kecil, bateri dikatakan adalah 20 jam sekali dengan pod pengecas. Pemacu audio untuk LinkBuds S juga adalah 5mm sahaja yang boleh menawarkan kualiti audio yang baik dan bass yang berdentum dengan elok.

Harga jualan LinkBuds S dikatakan adalah dalam lingkungan €199 iaitu sedikit lebih mahal daripada LinkBuds biasa yang berharga €179.99. LinkBuds S akan menyokong IPX4, Bluetooth 5.2, Adaptive Sound Control, dan pilihan warna hitam, putih atau kuning air. Ini bermakna jika LinkdBuds di Malaysia berharga RM849, model S ini mungkin sekitar RM899 ke atas.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd