Anda Kelak Boleh terus Strim Muzik Pada YouTube Music Melalui Jam Wear OS

Diterbitkan pada Mei 18, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Selepas Google memberikan Samsung eksklusiviti untuk Wear OS 3.0, mereka mula memberikan beberapa ciri dan fungsi lebih kurang sama untuk pengguna Wear OS 2.x. Ciri ini adalah kebolehan memuat turun muzik YouTube Music dan Spotify untuk kegunaan luar talian.

Kekurangan ciri ini adalah, pengguna perlu muat turun terlebih dahulu sebelum menikmati muzik. Main secara terus iaitu penstriman tidak boleh. Ini mendatangkan masalah ketika ingin mendengar muzik tanpa membawa telefon, kerana storan dalaman jam tidak begitu besar.

Terkini, Google telah mengemaskini YouTube Music untuk menyokong penstriman secara terus. Ini bermakna jika jam Wear OS ada sokongan kad SIM, gunakan sahaja data mudah alih untuk mainkan muzik. Mereka yang ada akses kepada WiFi juga boleh menggunakan sambungan ini untuk menstrim muzik.

Kemaskini ini akan diedarkan dalam minggu ini untuk semua jam yang layak.

komen


© Amanz / 2022 Kami