Cari @ Amanz

Realme hari ini telah memperkenalkan dua lagi peranti baharu dibawah siri Narzo, yang mana turut hadir menyertakan sokongan rangkaian 5G bersama dengannya.

Dua model yang diperkenalkan adalah Narzo 50 5G dan juga Narzo 50 Pro 5G. Untuk makluman, ini adalah berbeza dengan penawaran Narzo 50 sebelum ini yang hadir dengan 4G sahaja.

Narzo 50 5G hadir dengan skrin 6.5-inci dengan kadar segar semula 90Hz, dijana dengan cip MediaTek Dimensity 810 5G, memori 6GB RAM da storan 128GB.

Untuk rakaman gambar, ia menggunakan kamera belakang dengan sensor utama 48MP, serta gabungan lensa untuk rakaman makro. Narzo 50 5G ini ditawarkan pada harga RM1099.

Narzo 50 Pro 5G pula hadir dengan cip MediaTek Dimensity 920 5G, dilengkapi pengimbas cap jari pada skrin yang turut boleh menyemak kadar nadi, selain tri-kamera belakang dengan sensor utama 48-megapixel.

Di Malaysia, Realme Narzo 50 Pro 5G ini ditawarkan pada harga RM1299.

Kedua-duanya akan dijual bermula 25 Mei 2022 kelak, dimana masing-masing ditawarkan pada harga RM899 dan RM1099 pada tarikh berkenaan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd