Carian
JPN Mengatakan Tirisan Data 22.5 Juta Rakyat Malaysia Yang Dijual Bukan Milik Mereka
May 18, 2022 Nazrin

Semalam kami telah melaporkan bahawa butiran peribadi MyIdentity 22.5 juta rakyat Malaysia yang lahir sejak 1940 hingga 2004 telah tertiris dan dijual di arena web gelap pada harga $10 ribu. Butiran tersebut termasuklah nama, alamat rumah, nombor telefon dan juga gambar wajah yang dilihat hadir dengan saiz sebesar 160GB.

Hari ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Hamzah Zainuddin telah mengeluarkan kenyataan yang dilaporkan oleh Bernama dan mengatakan bahawa data yang dijual di arena web gelap itu tidak diambil daripada pengkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Beliau berkata bahawa Kementerian Dalam Negeri mempunyai mekanisma untuk mengkaji perkara ini dan mendapati bahawa data tersebut dilihat telah diambil daripada agensi-agensi yang mempunyai kebenaran untuk mendapatkan maklumat daripada JPN.

“Semua individu yang terlibat dengan kegiatan penjualan data ini peribadi ini akan dipanggil bagi membantu siasatan dan hasil siasatan penuh akan dimaklumkan tidak lama lagi.” kata beliau. Siasatan awal mendapati bahawa data yang dijual di laman web gelap merupakan koleksi daripada pelbagai jenis sumber.

Dalam pada itu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin turut mengatakan bahawa prosedur untuk mendapatkan butiran peribadi daripada pengkalan data JPN melalui agensi-agensi dibawah jabatan tersebut akan dikaji semula.

“JPN merasakan wujud keperluan untuk data peribadi didapatkan terus daripada jabatan terbabit supaya isu pencurian data ini tidak berlaku lagi”.

Komen