Lima tahun yang lalu rekaan kampus terbaru Google di Bay View diperlihatkan kepada umum dengan rekaan yang menyerupai khemah gergasi. Ia kini akhirnya dibuka dengan rekaan yang lebih terbuka, penggunaan cahaya semula jadi dan pengudaraan yang lebih baik berbanding kampus utama Googleplex yang terletak bersebelahan di Mountain View.

Dari jauh bumbung kelihatan seperti kanvas tetapi sebenarnya menggunakan panel solar yang disusun seperti sisik naga. Panel solar dengan keluasan yang besar ini mampu menawarkan 40% keperluan tenaga tahunan bangunan. Menarik juga keseluruhan bangunan menggunakan kuasa elektrik untuk berfungsi bagi mengurangkan impak ke atas alam sekitar.

Keluasan kampus ialah 42 ekar dengan keluasan lantai mencecah 1.1 juta kaki persegi dengan ruang acara yang boleh menempatkan sehingga 1000 peserta. Terdapat juga tempat tinggal sementara untuk 240 kaki tangan.

Bagi menghasilkan bangunan yang lebih lestari ini, Google menggunakan firma senibina Bjarke Ingels Group (BIG) dan Heatherwick Studio yang terkenal dengan rekaan bangunan lestari mereka.

[Sumber] Sumber – Archdaily [/sumber]