Cari @ Amanz

Lenovo Yoga 7000 Adalah Projektor Premium Pertama Dari Lenovo

Link Copied!

Projektor percaya atau tidak amat membantu apabila kita ingin tunjuk sesuatu kepada ramai orang. Benar banyak TV yang ada sekarang sudah pintar dan ada ciri casting, yang mungkin lebih mudah.

Tetapi perasaan menggunakan projektor ini amat berbeza dan ia kadangkala seronok kerana seakan tengok wayang. betul, projektor pun ada sokongan HDR dan sebagainya – tetapi ia tidak akan sama dengan televisyen.

Buat pertama kalinya, Lenovo telah hadir dengan projektor premium dalam keluarga Yoga iaitu Lenovo Yoga 7000.

Projektor ini direka dengan rekaan yang nampak cantik, elegan dam premium. Ia menggunakan konsep 3D dan melengkung di sisi. Ia juga adalah projektor dengan sokongan optikal zum untuk zum pada kandungan tanpa menurunkan kualiti pancaran.

Cahaya pancaran adalah 2400 ANSI dengan cip optikal mikrocermin 0.47-inci DMD dan empat lampu LED Osram untuk menyokong pancaran 8K. Untuk audio, Lenovo Yoga 7000 dilengkapi dengan sistem VIFA 10W yang menjanjikan pengalaman pendengaran seakan panggung wayang.

Beberapa ciri pintar lain turut disertakan seperti ciri mengesan kedalaman, autofokus, mengelak daripada halangan, pancaran yang sempurna dan banyak lagi. Buat masa ini, lenovo masih belum mendedahkan lagi pancaran boleh memancar sehingga berapa inci skrin. Harga jualan juga belum didedahkan lagi, tetapi ia dilihat akan terhad di China dahulu.


Komen ()