Cari @ Amanz

Amazon Web Services atau AWS kini dilaporkan komited dalam melabur di Malaysia dan menjadikan Malaysia sebagai hab pusat data di Asia Tenggara.

Dengan langkah ini juga, ia dijangka akan mempercepatkan lagi perkembangan arena digital dan ekonomi digital di Malaysia. Pembukaan pusat data juga akan hadir dengan peningkatan kadar capaian, disamping membentuk bakat dan tenaga kerja tempatan yang selesa membangunkan untuk platform-platform khusus tersebut.

Buat masa ini, kerajaan dan AWS sedang dalam perbincangan antara kedua-dua pihak dalam memahami lanjut, termasuk melihat kepada insentif yang diminta oleh AWS.

Disamping AWS, sebelum ini Microsoft turut telah komited dalam melatih ramai bakat tempatan dibawah program “Bersama Malaysia Microsoft”, sejak tahun 2021 lepas.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd