Cari @ Amanz

LimeWire Kerjasama Dengan Universal Music Group Untuk Pelesenan NFT Muzik

Oleh Aman

Link Copied!

Jenama LimeWire baru-baru ini telah kembali dan nyatakan akan memfokuskan kepada arena NFT. Terbaru, LimeWire membuat kejutan dan mengumumkan kerjasama dengan pihak Universal Music Group untuk pelesenan kandungan bertujuan sebagai NFT muzik.

Dengan kerjasama ini, artis dibawah UMG boleh menggunakan LimeWire untuk tujuan jualan koleksi NFT dan berinteraksi dengan peminat mereka.

Perkara ini agak mengejutkan dan pada masa yang sama membuatkan ramai teruja.

Nama LimeWire sendiri agak popular bagi pengguna internet awal, dimana ia menjadi laman yang dituju untuk muat-turun lagu. Namun, ia kemudiannya ditamatkan selepas disaman pelbagai pihak kerana pelanggaran hak cipta.

Apa pun, kini jenama LimeWire dibangunkan kembali oleh orang baru, dan memfokuskan kepada arena NFT yang diperkatakan ramai. Sama-sama kita nantikan lanjut perkembangan LimeWire dan apakah langkah seterusnya mereka selepas kerjasama dengan nama besar ini.


Komen ()