Huawei kini telah memperkenalkan sebuah klip pintar yang mengintegrasikan ciri pintar bersama sensor gerakan, dinamakan Huawei S-Tag.
Huawei S-Tag ini hadir dengan rekaan boleh diklip – memudahkan anda memasang dan memakainya pada mana-mana bahagian tanpa menganggu aktiviti kecergasan.
Klip pintar ini dilihat memfokuskan kepada mereka yang aktif berlari, berbasikal dan sebagainya. Sensor padanya mampu menjejak sekitar 13 mod larian, disamping hanya seberat 7.5gram. Ia juga membawakan sokongan kalis air 50m.
Buat masa ini, harga jualan utuk Huawei S-Tag ini tidak diketahui lagi. Ia mungkin menjadi alternatif bagi mereka yang tidak selesa memakai gelang tangan atau jam tangan ketika bersenam – dan hanya perlu klip ia pada badan sahaja.