Cari @ Amanz

Sejak tahun lepas, tablet Android mula menjadi trend. Banyak pengeluar peranti hadir dengan tablet masing-masing, ada yang pertama kali ada juga yang kembali semula selepas sekian lama menyepi. Namun, tiada tablet yang masih boleh menandingi tablet mercu Samsung iaitu Samsung Galaxy Tab S8 Series.

Perkara paling penting pada Samsung Galaxy Tab S8 Series yang menjadikan tablet ini sebagai tablet Android paling berkuasa adalah S Pen. Tidak lupa juga skrin tablet yang cantik, cerah, menyokong kadar segar semula tinggi dan kesemua tablet ini menggunakan cip paling berkuasa sekarang Snapdragon 8 Gen 1.

S-Pen adalah stylus terbaik yang kita semua tahu hebat pada Samsung Galaxy Note Series, boleh digunakan secara lebih imersif pada Samsung Galaxy Tab S8 Series. Ia menawarkan pengalaman penggunaan seakan menggunakan pen atau pensel pada kertas sebenar.

S Pen pada tablet Samsung ini mempertingkatkan lagi konsep menggunakan stilus pada skrin sesentuh. Ia bukan sahaja untuk menulis atau mencatat nota, tapi juga untuk melukis dengan lebih pantas. S Pen dan Samsung Galaxy Tab S8 Series ada sokongan Air Action untuk mengambil gambar swafoto, mengawal pembentangan pada slaid, juga boleh mengawal video atau muzik untuk main atau jeda, atau juga menghantar mesej langsung (Live message). Sela masa di antara hujung stilus dan skrin apabila mula menulis atau melukis adalah 2.8ms untuk Samsung Galaxy Tab S8 Ultra dan Samsung Galaxy Tab S8+, manakala 6.2ms pada Samsung Galaxy Tab S8.

Bukan S Pen sahaja yang menjadi sebahagian perkara paling penting untuk penggunaan Samsung Galaxy Tab S8 Series. Aplikasi nota lalai yang sedia terbina dalam tablet ini iaitu Samsung Notes juga memainkan peranan. Aplikasi nota ini membolehkan sesuatu nota diletakkan label (tag) dan tajuk nota boleh ditetapkan secara automatik. Aplikasi ini turut mempunyai alat menulis tangan terbina, di mana pengunaan stilus ada banyak pilihan jenis pen, pensel, pensel warna dan sebagainya dan turut boleh digunakan untuk penanda buku audio.

Produktiviti pengguna jika menggunakan gandingan S Pen dan Samsung Galaxy Tab S8 Series akan menjadi lain daripada yang lain membuatkan anda persoalkan kenapa kita masih menggunakan kertas? Bukankah kita semua ingin menjaga alam sekitar? Kenapa masih menggunakan pen atau pensel, kalau semuanya ingin digital? Tanpa komputer pun, aplikasi Samsung Notes boleh mencipta Hyperlink. Paling menarik, pengguna boleh menggabungkan tulisan tangan dan teks dengan menaip terus pada aplikasi nota ini.

Samsung Galaxy Tab S8 Series turut menjalankan sistem operasi One UI seperti telefon pintar mereka. One UI adalah antara sistem operasi terbaik dengan kebolehan multi-tugasan yang akan berkali ganda memudahkan lagi pengguna.

Anda sedang membaca berita atau artikel pada sesuatu aplikasi, gunakan Split View untuk memaparkan dua aplikasi serentak. Dengan ini, artikel boleh menjadi bahan rujukan sementara aplikasi nota di sebelah boleh digunakan untuk catatan. Dengan mod ini juga, aplikasi nota boleh mempunyai pelbagai muka surat atau muka surat yang dibahagikan. Jika anda membaca daripada pelayar web, anda boleh menggunakan ciri Web Clip dan Web-Note Link untuk meletakkan sumber rujukan. Dengan ini, nota anda akan menjadi lebih dipercayai untuk dibaca serta akan tampak lebih profesional. Tidak lupa juga dengan ciri mengimport fail PDF terus ke aplikasi nota, agar dokumen yang perlu diambil perhatian lebih mudah diuruskan dengan pelbagai alatan yang boleh digunakan terus pada aplikasi Samsung Notes.

Memandangkan gandingan S Pen dan Samsung Galaxy Tab S8 Series adalah untuk kerja-kerja produktiviti, tidak semestinya ia terhad dengan aplikasi mengambil nota sahaja. Pengguna turut boleh memanfaatkan ciri rakaman skrin yang terbina, iaitu mod Dual Recording yang membolehkan anda rakam skrin tablet sambil kamera swafoto aktif untuk rakam wajah anda.

Untuk apa? Sudah semestinya anda boleh gunakan untuk penstriman, seperti bermain permua anda boleh gunakan ciri ini untuk kongsi reaksi anda ketika bermain kepada semua. Tidak lagi perlukan aplikasi berbayar, alatan tambahan dan sebagainya. Keluarkan tablet, lancar permua, tatal talam notifikasi dan terus tekan Screen Recorder.

Dengan ciri ini juga, jika anda orang yang kurang upaya atau pelajar anda adalah golongan ini dan memerlukan penggunaan bahasa isyarat – anda boleh gunakan ciri ini untuk membuka aplikasi e-buku, slaid pembentangan atau rakam skrin yang sedang memainkan video untuk menjelaskan kepada yang perlu dengan bahasa isyarat. Ia juga adalah alat terbaik untuk kelas atas talian, lebih-lebih lagi untuk guru tuisyen atau kelas tambahan atau untuk yang bersekolah dari rumah, jika anda adalah pengajar – S Pen dan Samsung Galaxy Tab S8 Series akan membuatkan anda persoalkan teknik mengajar sedia ada.

Samsung Galaxy Tab S8 boleh dibeli di Malaysia pada harga bermula RM3,299. Setiap pembelian akan menerima hadiah bernilai sehingga RM1,887 yang merangkumi selongsong pelindung Book Cover Keyboard, S-Pen (kedua-dua sudah pun ada dalam kotak) dan juga sarung Neoprene.

Samsung turut menerima peranti lama untuk ditukar beli dengan Samsung Galaxy Tab S8 Series ini. Anda boleh klik pautan di bawah jika berminat dan ingin ketahui maklumat lanjut;

Penafian: Advertorial dari Samsung Malaysia

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd