Sony LinkBuds S Berharga RM929 Di Malaysia – Hadir Dengan ANC, LDAC, IPX4

Diterbitkan pada Mei 19, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sony hari ini telah melancarkan fon telinga nirwayar mereka yang terbaru, iaitu Sony LinkBuds S – dan pada masa yang sama Sony telah turut mengumumkan penawarannya untuk pasaran Malaysia pada harga RM929.

Fon telinga nirwayar terbaru Sony ini hadir dengan cip V1 untuk kualiti audio yang baik, selain turut hadir dengan sokongan Google Fast Pair. Melengkapkan ia juga adalah sokongan pembatalan bunyi hinggar aktif, LDAC dan juga kalis air IPX4.

Sony mengatakan ia menawarka penggunaan masa sehingga 6 jam lamanya apabila ciri pembatalan bunyi hinggar diaktifkan, atau sehingga 20 jam apabila ia tidak diaktifkan.

Di Malaysia, fon telinga nirwayar ini ditawarkan pada harga RM929, dan boleh dipra-tempah hari ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami