(Ura-Ura) iPhone 14 Mungkin Dilancarkan Pada 13 September

Diterbitkan pada Mei 19, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Salah satu peranti yang dinantikan ramai setiap tahun adalah telefon pintar keluaran Apple. Untuk tahun ini, Apple bakal perkenalkan iPhone 14, dan kini spekulasi awal berkaitan tarikh pelancaran hadir ke arena internet.

Mengikut desas-desus awal, Apple dikatakan mungkin mengadakan acara mereka pada 13 September 2022 dalam memperkenalkan siri iPhone 14, bersama-sama dengan Apple Watch Series 8 dan pelbagai produk lain.

iPhone 13 Pro

iPhone 14 dijangka hadir dalam empat variasi – dan Apple dijangka menggantikan siri “Mini” kepada telefon bersaiz besar “Max.

Disamping itu, kita juga mungkin melihat kepada pengenalan kamera lebih berkuasa, disamping sistem operasi iOS 16 baharu.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan bulan September ini untuk pelancaran iPhone generasi baharu ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami