Instagram Menguji Untuk Memaparkan Hanya Tiga Stories – Tekan Butang Tunjuk Semua Untuk Lihat Yang Lain

Diterbitkan pada Mei 19, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Di zaman sekarang, apa sahaja yang kita tidak kongsi di Internet? Boleh dikatakan hampir semua aktiviti kita lakukan ingin dikongsi kepada orang ramai. Kita menggunakan media sosial untuk berkongsi intipati kehidupan seharian kepada orang ramai.

Jika dulu kita kongsi di Instagram atau Facebook, sama ada imej, video atau teks dengan kata-kata semangat terus pada profil. Jika ada masalah berlaku, perlu cari semula siaran dan padam. Tetapi dengan ciri seperti Instagram Stories, selepas 24 jam ia akan hilang dan turut juga boleh dihadkan untuk sesetengah orang sahaja.

Instagram membenarkan seseorang kongsi sehingga 100 Stories pada satu masa. Sesetngah pengikut mungkin boleh hadap, tetapi ada pengguna lain akan anggap itu adalah satu spam.

Instagram kini dilihat menguji reka letak baharu pada Stories mereka. Ia kini dilihat hanya boleh memaparkan tiga Stories pada satu masa. Jika pengguna kongsi lebih, pengikut perlu tekan butang Show all untuk lihat Stories yang lain.

Untuk pengguna biasa ini mungkin tidak menjadi masalah, tetapi untuk pencipta kandungan atau selebriti yang menjana pendapatan daripada jumlah tontonan Stories mungkin terjejas. Tiga pertama mungkin akan menerima jumlah tontonan tinggi, tetapi berapa ramai sahaja akan tekan butang tunjuk semua untuk lihat baki? Pasti ramai akan terus langkau dan lihat Stories seterusnya daripada pengguna lain.

Buat masa ini masih tidak pasti sama ada adakah ini satu ujian terhad di pengguna negara terpilih atau ia akan diedarkan kepada semua. Apa kata anda mengenai ciri ini?

komen


© Amanz / 2022 Kami