Huawei Watch Kids 4 Pro Dengan Kamera 5MP Ditawarkan Di Malaysia Pada RM699

Diterbitkan pada Mei 19, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Acara hari ini turut memperlihatkan Huawei hadir dengan peranti boleh-pakai yang memfokuskan terhadap kanak-kanak iaitu Huawei Watch Kids 4 Pro. Ia hadir dengan beberapa fungsi yang memenuhi tujuan pembelajaran dan keselamatan. Bagi yang berminat, ia ditawarkan pada RM699 untuk seutas.

Huawei Watch Kids 4 Pro mempunyai muka jam berbentuk segi empat bersaiz 1.41-inci dengan padanan tali jam berasaskan silikon. Turut melengkapi jam tangan ini adalah skrin sesentuh AMOLED, di samping sokongan kamera hadapan 5MP. Kamera tersebut boleh digunakan untuk tujuan panggilan video.

Ia juga dimuatkan dengan memori 1GB RAM dan storan dalaman 8GB. Kemudian, 9-System AI Positioning turut disokong oleh jam tangan ini bagi membolehkan ibu bapa mengesan lokasi anak-anak dengan tepat dan menghantar pemberitahuan. Misalnya lokasi harian seperti sekolah, rumah dan lain-lain.

Dengan bateri 800mAh, ia boleh digunakan mencapai dua hari dengan sekali caj. Ia bagaimanapun bergantung kepada penggunaan masing-masing. Lain-lain spesifikasi termasuklah menyokong GPS, Beidou, GLONASS, A-GPS, pembantu maya, sambungan WLAN dan bluetooth serta penarafan kalis air sedalam 50 meter.

komen


© Amanz / 2022 Kami