Redmi Note 11T adalah siri terbaru daripada Redmi, selepas beberapa model dalam siri Redmi Note 11 diperkenalkan. Siri Redmi Note 11T setakat ini dikatakan terhad untuk pasaran China sahaja, kerana ada kemungkinan pasaran global akan hadir dengan Poco X4 Pro GT.
Peranti ini dikatakan adalah peranti mercu mampu milik atau mungkin adalah peranti kelas pertengahan premium. Cip pemprosesan yang akan digunakan adalah MediaTek Dimensity, hadir dengan memori sehingga 8GB RAM dan storan dalaman mencapai 512GB. Seperti Redmi Note 11 Pro+, peranti ini turut akan hadir dengan sistem pengecasan 120W Turbo Charge.

Melalui Weibo rasmi Redmi, mereka mengesahkan yang peranti ini akan menggunakan skrin LCD bertaraf mercu. Menurut sumber, skrin LCD ini mungkin akan menyokong kadar segar semula 144Hz. Saiz skrin dikatakan adalah sebesar 6.6-inci.
T pada Redmi Note 11T ini dikatakan adalah untuk Turbo. Jadi kita boleh jangkakan yang peranti ini akan memfokuskan kepada prestasi permua yang lebih baik. Ia juga adalah antara peranti Redmi yang menjalankan MIUI 13 berasaskan Android 12.
Peranti ini akan dilancarkan pada 24 Mei akan datang. Sama-sama kita nantikan.