Cari @ Amanz

Realme 9 5G kini di Malaysia dan ia boleh dibeli pada harga RM1099. Ia merupakan sebuah peranti kelas pertengahan dengan 5G terbina yang menggunakan cip MediaTek Dimensity 810. Jualan pertama akan bermula pada 26 Mei 2022 dan boleh didapati menerusi beberapa saluran berbeza seperti rakan telekomunikasi Maxis dan pengedar sah Realme di seluruh Malaysia.

Realme 9 5G didatangkan dengan skrin sebesar 6.5-inci LCD FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz. Cip pemprosesan MediaTek Dimensity 810 yang digunakan turut dipadankan dengan memori 6GB RAM (LPDDR4X) dan storan dalaman 128GB (UFS 2.1). Bersama-sama dengannya, ia turut menyokong ciri Dynamic RAM Expension yang boleh dikembangkan mencapai 5GB secara maya. Bateri pula adalah 5000mAh yang menyokong pengecasan 18W.

Tri-kamera di belakang pula terdiri dengan tetapan 48MP + 2MP + 2MP, sementara itu kamera hadapan pula adalah sebesar 16MP lengkap dengan algoritma Clear Fusion untuk penggunaan lebih baik. Lain-lain spesifikasi termasuklah pengimbas cap jari sisi, menjalankan pelancar RealmeUI3.0 terus daripada kotak dan sebagainya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd