Huawei Band 6 sebelum ini sedia diperkenalkan dengan penawaran pemantauan kesihatan dan senaman. Bagi yang menantikan kemaskini untuknya, kini Huawei Band 7 sudah mudah ditawarkan untuk pengguna di Malaysia. Ia akan mula dijual bermula dengan harga RM219.


Penjejak kesihatan ini dilengkapi skrin sebesar 1.47″ AMOLED dengan sokongan Always On Display. Sensor yang disertakan ialah pengimbas nadi serta kemampuan mengesan tahap SpO2 darah. Seterusnya, ia turut menyokong beberapa ciri kesihatan dan kecergasan standard seperti penjejakan tapak, 96 aktiviti senaman, girometer, accelerometer dan pemantaian pola tidur. Turut melengkapinya, kebolehan menjejak kitaran haid turut boleh dilakukan secara terbina.

Huawei Band 7 juga boleh dibawa berenang sehingga 50 meter kerana mempunyai ketahanan 5 ATM. Dengan sekali caj, Band 7 boleh beroperasi sehingga 14 hari. Pembayaran nirtunai menerusi sistem NFC turut boleh dilakukan.