Cari @ Amanz

Pengenalan Oppo Pad tempoh hari menandakan penglibatan Oppo ke dalam segmen tablet. Baru-baru ini, kami ada melaporkan yang mana Oppo bakal hadir dengan tablet baharu. Dikenali sebagai Oppo Pad Air, ia kini telah disenaraikan menerusi kedai atas talian Oppo di China.

Tablet ini bakal dilancarkan secara rasmi seiring dengan Oppo Reno8 pada 23 Mei 2022. Ia juga dilihat hadir dengan beberapa elemen yang sama seumpama pendahulunya untuk reka bentuknya. Cumanya, panel belakang diperkemaskan dengan kemasan berjalur berbeza mengikut variasi warna yang ditawarkan. Menurut Oppo, ia akan dipasarkan sebagai sebuah tablet nipis dan ringan.

Untuk spesifikasi, Oppo Pad Air akan menggunakan skrin LCD beresolusi 2K dengan kadar segar semula standard 60Hz. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip Snapdragon 680, memori sehingga 6GB RAM dan storan dalaman mencapai 128GB. Turut melengkapinya, bateri 7100mAh yang menyokong pengecasan 18W. Lain-lain spesifikasi termasuklah kamera belakang 8MP dan kamera hadapan pula 5MP.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd