Cari @ Amanz

Selain Huawei Mate Xs 2 dan P50 yang merupakan dua peranti kelas mercu, Huawei Y70 turut dilancarkan di Malaysia hari ini dengan spesifikasi kelas permulaan. Ia dilengkapi skrin 6.75″ LCD HD+, dijana cip Kirin 710, memori 4GB RAM, storan 128GB dan bateri sebesar 6000 mAh yang menyokong pengecasan 22.5W.

Kamera utama menggabungkan sensor 48+5+2 MP dan kamera swafoto pula sebesar 8MP. Lensa yang digunakan ialah sudut lebar dan ultra sudut lebar. Masih terdapat bicu audio 3.5mm dan pengimbas cap jari sisi yang terbina pada butang kuasa.

Sistem operasi yang digunakan pula ialah EMUI 12. Peranti juga tidak menyokong rangkaian 5G.Di Malaysia Huawei Y70 dilancarkan pada harga RM699 sebuah dalam waran biru, putih dan hitam.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd