SKMM : Aduan Berkaitan Perkhidmatan Telekomunikasi Kembali Meningkat

Diterbitkan pada Mei 19, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia kini berkongsi mengatakan jumlah aduan yang diterima berkaitan dengan perkhidmatan telekomunikasi kini kian meningkat.

Salah satu sebabnya dikatakan adalah keraa kaedah penggunaan yang berubah dari tahun ke tahun. Aduan kini lebih memfokuskan kepada kualiti perkhidmatan ditawarkan, dan bukannya berkaitan dengan liputan.

Pada bulan April lepas sahaja, SKMM telaah menerima sekitar 4000 aduan berkaitan perkhidmatan telekomunikasi. Ini boleh dikatakan adalah agak tinggi berbanding 30,000 aduan ketika tahun lepas, termasuk dalam tempoh PKP.

SKMM mengatakan semua aduan pengguna akan membantu pihak SKMM, dan penyedia perkhidmatan dalam terus menambah-baik dan mempertingkatkan respos terhadap isu-isu berbangkit dengan efisien.

komen


© Amanz / 2022 Kami